PENGENALAN SISTEM Pada tahun 2007, sistem e-Consent berasaskan web diperkenalkan yang menguruskan permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah. Sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) dan diaplikasikan sepenuhnya di Pejabat-pejabat Tanah negeri. Sistem e-Consent bermatlamat memudahkan serta mempercepatkan permohonan kebenaran pindah milik, gadaian, dan pajakan tanah dilakukan. Kini, e-Consent telah dibuka kepada orang ramai dengan tujuan untuk mempercepatkan lagi proses permohonan. Selain itu, permohonan kini boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. |